Nama Kampung Sapagaya berasal dari bahasa etnik Idahan iaitu Sapa' Gayo. Maksud perkataan Sapa' ialah air yang merujuk kepada sungai dan maksud Gayo pula ialah besar. Oleh itu Sapa' Gayo bermaksud sungai besar. SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG SAPAGAYA Dalam bahasa Idahan 'Sapa' ialah air. Dalam situasi ini ia membawa maksud sungai. Sementara 'Gayo pula bermaksud besar. Bila dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut dalam pelat etnik Idahan ialah Sapa' Gayo yang berserti 'Sungai Besar'. Tetapi hari ini ia lebih dikenali dengan 'Sapagaya'. Orang yang pertama sekali membuka Kampung Sapagaya ialah Sabor anak kepada Bakul dan cicit kepada Abdullah . Sabor telah berhijrah dari Lembah Tingkayu dan membuka Kampung Sapagaya sekitar tahun 1450an kemudian diikuti oleh penduduk-penduduk dari Lembah Tingkayu yang lain. Dengan itu Kampung Sapagaya menjadi pusat penempatan utama etnik Idahan di Daerah Lahad Datu. Kampung Sapagaya mempunyai keluasa...
VISI MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERSATUPADU DAN RUKUN DAMAI. MISI BERSATU KE ARAH DESA CEMERLANG, MASYARAKAT SEJAHTERA LAGI BERWAWASAN DAN GEMILANG. OBJEKTIF MELAHIRKAN SATU KOMUNIYI MASYARAKAT YANG SEJAHTERA, BERBUDAYA, BERUSAHA, BEERJAYA DAN BERSATUPADU MELALUI PERKONGSIAN TANGGUNGJAWAB YANG STRATEGIK SERTA MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN PISIKAL YANG BEERKESAN KE ARAH DESA CEMERLANG.
Comments
Post a Comment