Kampung Sapagaya






Nama Kampung Sapagaya berasal dari bahasa etnik Idahan iaitu Sapa' Gayo. Maksud perkataan Sapa' ialah air yang merujuk kepada sungai dan maksud Gayo pula ialah besar. Oleh itu Sapa' Gayo bermaksud sungai besar.

SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG SAPAGAYA

Dalam bahasa Idahan 'Sapa' ialah air. Dalam situasi ini ia membawa maksud sungai. Sementara 'Gayo pula bermaksud besar. Bila dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut dalam pelat etnik Idahan ialah Sapa' Gayo yang berserti 'Sungai Besar'. Tetapi hari ini ia lebih dikenali dengan 'Sapagaya'.

Orang yang pertama sekali membuka Kampung Sapagaya ialah Sabor anak kepada Bakul dan cicit kepada Abdullah. Sabor telah berhijrah dari Lembah Tingkayu dan membuka Kampung Sapagaya sekitar tahun 1450an kemudian diikuti oleh penduduk-penduduk dari Lembah Tingkayu yang lain. Dengan itu Kampung Sapagaya menjadi pusat penempatan utama etnik Idahan di Daerah Lahad Datu.

Kampung Sapagaya mempunyai keluasan 272.27 ekar terletak kira-kira 06 km dari Daerah Lahad Datu. Penduduk Kampung Sapagaya terdiri daripada etnik Idahan yang berjumlah 1,165 orang. Ramai di kalangan anak kampung ini berjaya dalam bidang perniagaan, pertanian, perusahaan dan kontraktor yang seiring dengan arus perdana. Dalam bidang pendidikan ramai anak-anak kampung berjaya mendapat kelulusan tinggi dan menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Kesimpulannya, penduduk Kampung Sapagaya yang terdiri dari etnik Idahan telah melalui berbagai perubahan bermula dari zaman paleolitik hingga ke hari ini.

Comments

  1. mahu tanya siapa penulis blog ni? mahu tahu sbb mau ditulis
    sbg sumber dlm kerja kursus 🤔😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog